a) Skim Simpanan Hari Tua
Konsep kwsp tapi aset dalam dinar, insyaAllah masa hari tua simpanan anda amat bernilai berbanding duit RM.
Cth: sebulan 1/4 dinar maka setahun 3dinar, ambil purata 25 tahun maka jumlah terkumpul 75dinar pada masa persaraan.
b) Skim Simpanan Dinar
Konsep PB-GIA tapi aset dalam dinar, nilai minima simpanan adalah 1/4 dinar dan baki minima simpanan 1/4 dinar. Boleh di jual beli mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh KUEMAS. Proses pengeluaran simpanan boleh dalam bentuk dinar atau RM pada harga jual/beli. Sistem online di bangunkan untuk kemudahan seluruh malaysia.
c) Skim Simpanan Pelaburan Dinar
Konsep Perbankan, nilai minima simpanan adalah 1/4 dinar dan baki minima simpanan 1/4 dinar. Dinar yg di simpan akan di laburkan dalam bentuk trading harga semasa dan pelaburan yg di benarkan(berisiko rendah) untuk menghasilkan pulangan pada penyimpanan.
d) Skim Simpanan Remaja
Konsep perbankan yang sama seperti skim simpanan pelaburan dinar, pengkhususan pada anak2 yg berusia 18 tahun kebawah degan ibu bapa sebagai penama. Keputusan pelajaran pada peringkat peperiksaan utama akan di beri ganjaran. Simpanan setelah mencapai tahap matang 18 tahun umur boleh di keluarkan untuk pembiayaan melanjutkan pelajaran peringkat tinggi. Di wujudkan juga skim pinjaman/biasiswa kepada penyimpan yang mencapai tahap keputusan yg bagus.
e) PasarDinar (e-trading)
Konsep virtual trading dimana terdapat pelbagai item jualan yang di buka kepada ahli( sewa tapak istemawa) dan bukan ahli. Semua trade adalah dalam bentuk dinar(e-dinar) dimana penjual dan pembeli di wajibkan mempunya debit kad dinar yg di bangunkan oleh KUEMAS untuk urusan transaksi jual beli secara online.Harga barangan boleh diletakkan dlm RM (sebagai rujukan) dan convertion dlm dinar.
Cth harga buku RM100 (0.2dinar-cth 1dinar=RM500)harga dlm dinar akan berubah mengikut harga semasa dinar harian.pembeli akan membayar 0.2 dinar melalu kad debit dinar, kalau dalam kad debit ada 5 dinar maka baki dalam kad debit adalah 4.80dinar.Harga jual beli juga ada keistimewaan pada ahli KUEMAS (diskaun)
f) PasarDinar (live trading)
Konsep sama mcm e-trading cuma dibuka kepada umum. Lokasi seperti tesco/carefour dibuka pada peniaga semua dan urusan adalah dalam dinar dan debit kad dinar sebagai medium transaksi.(pelan jangka masa panjang)
g) Kad Keahlian KUEMAS
Setiap ahli KUEMAS akan dapat kad keahlian macam reward kad yg mana setiap belian dalam urusan berkaitan KUEMAS akan mendapat mata ganjaran yang akan boleh ditebus setelah mencapai mata minima yg mencukupi.
sudilah kiranya bakal ahli mengembangkan idea yg dilontarkan utk kebaikan bersama.cadangan dan kritikan dari semua akan di ambil kira.

4 comments
Comments feed for this article
May 14, 2009 at 11:34 am
sax-gold
Salam,
Idea yg bagus dan diharap dapat smbutan drp rakan2 ahli… Sedia membantu, tetapi tak punya kepakaran hal ini… mungkin sedikit pengalaman menjadi ahli koperasi lain sebelum ini boleh membantu…… free to contact…
May 15, 2009 at 9:33 am
dian
saya ada kenalan yang boleh buat program kad yang boleh buat duit. mcm loyalty card, orang belanja kita dapat gak. buat cobrand card.ni pun jumpa kenalan tu dlm kursus koperasi angkasa . mungkin boleh koperasi ajak bincang kalau menguntungkan coop kenapa tidak?
May 31, 2009 at 6:46 am
swissgold
Saya lebih berminat pada e) PasarDinar (e-trading) dan f) PasarDinar (live trading).
June 13, 2009 at 9:46 am
bizgold
salam..
idea penubuhan KUEMAS yg bagus..jika perjalanan KUEMAS utk menjana ekonomi dan menaik taraf ekonomi penduduk khususnya penduduk luar bandar, sy bersedia memberi khidmat pandangan dari aspek operasi dan dana kewangan bg memantapkan KUEMAS dan kemungkinan KUEMAS dpt membuka cawangan di setiap kawasan parlimen di M’SIA..INSYAALLAH..
p/s:buat master mind@anchor KUEMAS, anda boleh hubungi sy melalui email atau email no. tel anda, sy akan hubungi anda semula..tq[no. talian tetap sahaja]